ORGANISASI


CONTOH AGENDA MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM : DOWNLOAD

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI KE 2
2011
TARIKH        : 12 APRIL 2011
HARI              : Selasa
TEMPAT       : Bilik Mesyuarat Sk Bukit Dinding
MASA                        : 8.00 pagi

KEHADIRAN:-
1.      Puan Salbiah Bt Talib                                           GPK Pentadbiran
2.      Puan Hjh Rohana Bt Hj Md yusof                      Pengerusi
3.      Puan Zamriah bt Abdullah                                    Bendahari
4.      En. Mohd Efendi bin Abutiar                               Setiausaha
5.      Puan Norazlina bt Nek Man                                 Naib setiausaha
6.      En. Mohd hakim bin Mohd Maddin                     Ajk
7.      En. Nik Mohd Faiz Bin Nik Zamani                    Ajk
AGENDA:
1.      Ucapan pendahuluan pengerusi majlis
2.      Ucapan Aluan Gpk pentadbiran
3.      Pengesahan minit Mesyuarat
4.      Perkara-Perkara Berbangkit dari Minit Mesyuarat
5.      Kemaskini Surau sekolah
6.      Kemaskini naskhah Al-quran (sumbangan dari ibu bapa)
7.      Kem bestari solat 1
8.      PAFA
9.      Lain-Lain

1)      Ucapan Pendahuluan Pengerusi Majlis
1.1  Pengerusi majlis (ketua panitia) mengucapkan terima kasih kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran (Puan Salbiah) dan semua Ahli Jawatan Kuasa Panitia Pendidikan Islam kerana dapat hadir ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Kali Ke 2 Bagi Tahun 2011.
1.2  Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada guru j-QAF baru Puan Norazlina Bt Nek Man ke Sekolah Kebangsaan Bukit Dinding, dan berharap Puan Azlina akan dapat membantu guru-guru Pendidikan Islam yang lain dalam setiap pengurusan panitia.
1.3  Beliau mengharapkan bahawa Panitia Pendidikan Islam akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas masing-masing bagi menigkatkan pencapaian panitia itu sendiri.

2)      Ucapan Aluan GPK Pentadbiran
2.1  Beliau mengucapkan tahniah kerana sifat keperihatinan  Panitia Pendidikan Agama Islam dapat meningkatkan prestasi murid dalam bidang keagamaan bagi tahun 2011.
2.2 Beliau mengingatkan sekali lagi lagi bahawa semua program agama islam haruslah        melibatkan guru-guru yang lain.
2.2  Beliau menyatakan bahawasekolah telah mendapat sumbangan sebanyak RM 2000 bagi kegiatan agama islam pada tahun ini (2011) dari Yang Berhormat Dato Wan Amizan adun kawasan Tahan.
                                                                       
 Tindakan: Semua guru Pendidikan Islam

3)      Membentang dan mengesahkan minit yang lalu
3.1 Cadangan: Puan Hjh Rohana Bt Hj Md yusof
Disokong: Semua ahli




4)      Perkara Berbangkit
4.1 Tiada.


5)       Kemaskini Surau
5.1 Ketua Panitia Pendidikan Agama islam telah bersetuju dengan semua ahli bahawa akan mengadakan Gotong Royong Mini pada setiap pagi Jumaat dengan melibatkan semua guru yang mempunyai masa.
5.2 Sumbangan Tikar Getah juga telah diberi dan akan digunapakai pada hari gotong royong tersebut.
5.3 Pihak panitia berhasrat ingin menganjurkan Pertandingan Nama Surau Terbaik yang melibatkan semua guru dan murid.
                                                                        Tindakan: Semua ahli jawatankuasa

6)      Kemaskini naskhah Al-quran (sumbangan dari ibu bapa)
6.1 Al-Quran sumbangan dari ibu bapa akan digunakan di dalam kelas bagi sesi pengjaran dan pembelajaran.
6.2Kelas tahap 2 (al-quran akan diletak didalam surau lama. Kelas tahap 1 Al-Quran akan diletak didalam bilik Linus.
6.3 Ustaz Mohd Efendi meminta sedikit peruntukan penambahan buku Iqra’ bagi murid tahun 1 untuk digunakan di dalam kelas.
                                          Tindakan: Ustaz Mohd Efendi & Ustazah Norazlina

7)      Kem bestari solat 1
7.1 semua ahli jawatan kuasa panitia pendidikan islam bersetuju tarikh perlaksanaan kem          
      bestari solat 1 akan diadakan pada 18,19, dan 20 APRIL 2011
7.2 Ahli jawatan kuasa melibatkan semua guru dan fasilitator ditambah sekali dengan
      Guru KAFA.                                                       
7.3 Hanya minum petang disediakan kerana kekurangan kewangan..
                                                                        Tindakan: Ustaz Mohd Efendi

8)      PAFA
8.1  Puan Zamriah menyatakan dapatan dari mesyuarat PAFA diperingkat daerah bahawa semua borang penilaian yang diberi haruslah diprint dan diisi mengikut arahan yang diberi.
8.2  KAD PAFA bagi semua kelas juga harus disediakan.
8.3  KAD PAFA  tidak boleh dibawa balik kerumah dan mesti dimiliki oleh setiap murid dengan harga RM 1.00.
8.4  Puan Zamriah juga menyatakan bahawa surat perlantikan sebagai pentaksir kepada semua guru Pendidikan Islam perlu diberi oleh pihak sekolah.
8.5  Borang PAFA  yang perlu disediakan adlah sebanyak 8 perkara.
                   Tindakan: Puan Zamriah



9)      Lain-Lain
9.1       Puan Hajah Rohana menjelaskan dapatan dari kursus KSSR di Terengganu bahawa Panitia Pendidikan Islam harus menyediakan 4 fail bagi Program Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
9.2       Puan Norazlina meminta kebenaran supaya surau lama dijadikan kelas pemulihan jawi bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran Pemulihan Jawi j-QAF .
9.3       Ustaz Mohd Efendi meminta supaya kelas tasmik diubah daripada mengikut setiap kelas kepada mengikut setiap kemahiran.
9.4       Puan Salbiah menyatakan hasrat bahawa ingin mengadakan kem Bestari Solat Tahun 6 pada bulan Jun sekali dengan Solat Hajat Kali Pertama.
  Tindakan: Semua Ahli Jawatan Kuasa






Disediakan Oleh,

……………………………..
EN MOHD EFENDI BIN ABUTIAR
Setiausaha,
Panitia Pendidikan Agama Islam


Disemak Oleh,

………………………………
PN HAJAH ROHANA BT HJ MD YUSOF
Pengerusi,
Panitia Pendidikan Agama Islam.

Disahkan Oleh,

……………………………….