SOAL JAWAB

 

Persoalan Mengenai Azan

Soalan

Assalam.. Sy merupakan seorg ahli sukan. setiap petang sy akan berjoging di tasik permaisuri yg mana di kelilingi kawasan perumahan. Sekarang ini, waktu maghrib masuk jam 7.00 - 7.05 petang, semasa sy sedang berjoging, azan maghrib berkumandang. soalan sy.
1) bolekah sy berjoging secara perlahan-perlahan tanpa berhenti.
2) bagaimana cara hendak menjawab azan sedangkan azan tersebut tidak serentak kerana kawasan tersebut dikelilingi surau di setiap kawasan perumahan.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
1- saudara boleh terus berjoging. akan tetapi sebaiknya kita berhenti menyahut seruan azan tersebut untuk menghormati laungan azan tersebut.
2. Bagi hal ini tuan hendaklah menjawab azan yang paling hampir dan jelas didengari.
Wallahua'lam

Cerai Tapi Niat Dalam Hati

Soalan

Assalamualaikum , saya nak tanya pada tuan , jika seorang lelaki niat nak cerai tapi niat dalam hati bukan dengan lafaz. Adakah jatuh cerai tersebut.

Terima kasih

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sekiranya anda hanya  berniat dalam hati untuk bercerai tetapi belum  menzahirkan dengan lafaz yang nyata maka ketika itu perceraian  masih belum berlaku.Wallahu a'lam.

Aurat Kakak Dgn Adik Lelaki

Soalan

slm,
buat ustz jelaskan :
i) aurat seorang kakak dengan adik beradik lelaki?
ii) aurat seorang anak perempuan dengan bapa?
terima kasih ustaz...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Aurat seorang kakak ketika bersama adik lelakinya adalah seperti berikut:
Wajib bagi seorang kakak ketika berada di hadapan adik lelakinya untuk menutup badannya melainkan muka, kepala, tengkuk, dua tangan hingga ke tapak tangan, kaki hingga ke lutut.
Ini bermakna, dada, payudara, belakang, pinggul, paha dan faraj adalah wajib ditutup.

Manakala bagi adik lelaki tersebut pula, auratnya ketika berada di hadapan kakaknya ialah anggota yang berada antara bahagian atas pusat dan bawah lutut.
Dari itu, bahagian yang berada di bawah pusat adik lelakinya adalah aurat dan haram bagi kakaknya untuk melihatnya.

2.         Aurat anak perempuan dengan bapanya:
Tidak ada batasan aurat di antara seorang anak perempuan dengan bapa kandungnya. Perkara ini dapat dilihat pada firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam Surah An-Nur di bawah ini, maksudnya:
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, perempuan-perempuan Islam,
atau hamba-hamba mereka, orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan….”.
(surah an-Nur 31)

Melalui ayat ini kita dapat fahami bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala melarang kaum wanita daripada memperlihatkan perhiasan yang tersembunyi pada tubuh mereka melainkan kepada suami, bapa kandung, bapa mertua dan senarai berikutnya seperti mana yang terdapat di dalam maksud ayat di atas. Wallahu 'alam.

Batal Atau Tidak Wuduk Saya

Soalan

Assalamualaikum.. sy nak tnya adakah batal air wuduk saya jika saya bersentuhan dgn suami sy.. ttpi bukan bersetubuh atau raba2.... contoh saya salam suami sy...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Menurut pandangan daripada Mazhab Syafi'i, wudhu’ anda adalah terbatal. Wallahu 'alam.

 

Soalan


APAKAH HUKUM TIDAK AZAN PADA HARI PERTAMA BAYI YANG BARU
LAHIR..,SEBALIKNYA DILAKUKAN PADA HARI KEDUA @ SEBALIKNYA

Jawapan

 Azan adalah amalan yang sunat dilakukan apabila lahirnya seorang bayi ke dunia ini. Ia dilakukan adalah bermatlamatkan agar suara yang pertama yang dia dengar apabila lahir sahaja ke alam nyata ini adalah kalimah Allah. Oleh itu, adalah lebih wajar dan lebih afdal sekiranya setiap bayi yang lahir diazan dan diiqamat seorang demi seorang.
Oleh itu, boleh diazankan bayi berkenaan pada hari berikutnya sekiranya terlupa.

 

Hukum Klu Solat Seorang Dri Bg Perempuan

Soalan

assalamualaikum,1)-apa hukumnya jka wanita yg solat seorg dri kmudian auratnya trbuka,,ttapi hnya dia seorg shja didlm blik tersbut,,tdak sah ke smbhygnya?
2)-bolehkah kuku atau rmbut dibuang semasa dlm haid?ad yg kata kne dsimpan,dn ad yg kata xpe klu dibuang,mhon pnjelasan?
3)-mcm mna klu kita memakai minyak zaitun pd rmbut,kmudian berwuduk,sah atau tdak wuduk tu?dn bgaimna pula klu rmbut telah dicuci tetpi ad lg minyak pda rmbut tersebut?? trima kasih. assalamualaikum.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Dalam keadaan ini, solatnya adalah masih sah dengan syarat pakaiannya yang terbuka tersebut ditutup kembali dengan cepat. Jika dibiarkan atau ditutup dengan lambat, solatnya adalah terbatal kerana terdedahnya auratnya sekalipun dia bersolat sendirian.

2.         mengenai larangan memotong kuku dan juga menggunting rambut bagi orang perempuan yang didatangi haid, sebenarnya tidak terdapat sebarang dalil sama ada dari Al-Quran ataupun dari hadith Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang jelas melarang kedua-dua perkara tersebut.
Dari itu, orang perempuan yang didatangi haid masih dibenarkan untuk memotong kuku atau menggunting rambutnya.
Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment