I ) ILMU DAN HIKMAH
01. Saidina Ali Karamallhu Wajha
Ilmu yang tidak bermanfaat umpama ubat yang tidak menyembuhkan.
02. Saidina Ali Karamalluhu Wajha
Duduklah bersamadengan orang yang berakhlak mulia nescaya akan
bertambah mulialah akhlakmu dan duduklah bersama para ulama, nescaya
ilmumu akan bertambah.
03. Imam as-Syafie
Tiadalah keizzahan mereka yang tidak merasai ketaqwaan sebagai keizzahan.
04. Imam Ghazali
Sesiapa yang memiliki ilmu lalu memanfaatkannya dan memberi manfaat pada
orang lain samalah seperti mentari yang menerangi dirinya dan orang
lain,sedangkan ia ( mentari ) itu terus bersinar.
05. Luqman al-hakim
Diam itu merupakan hikmah,namun tidak ramai yang mempraktikkannya.
II ) MASA
01. Saidina Ali Karamullahu Wajha
Kehidupanmu adalah nafas-nafas ( detik-detik ) yang tertentu,apabila
berlalu satu detik daripadanya nescaya telah berkuranglah satu juzuk (
daripada umurmu).
02. Saidian Ali Karramullahu Wajha
Janganlah dikau menangguhkan untuk melakukan sesuatu kebaikan hingga
keesokkan hari ,kerana mungkin keesokkan hari yang mendatang kamu telah
mati.
03. Saidina Ali Karramullahu Wajha
Hari ini ( di dunia ) adalah masa untuk beramal dan tidak ada hisab
padanya,manakalah hari esok pula ( di akhirat ) adalah waktu perhitungan
dan tidak ada peluang untuk beramal.
04. Saidina Abbas
Sebaik-baik perkara kebajikan adalah disegerakan
05.Imam Hasan al-Basri
Sesungguhnya kamu wahia manusia ibarat bilangan,apabila berlalu bagimu satu hari bererti telah berlalu sebahagian daripada kamu.
Sunday, 18 November 2012
Saturday, 17 November 2012
10 GANGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT
1. WAS-WAS SEMASA MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM
Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah.
Sehingga
ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus
menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk.
Ibnul
Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu
mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau semasa
takbiratul ihram dalam solat”.
2. TIDAK KHUSYUK SEMASA MEMBACA BACAAN DALAM SOLAT
Sahabat
Rasulullah SAW Iaitu ‘Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan
mengadu,”Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam
solatku dan membuat bacaanku salah”.Rasulullah SAW menjawab, “Itulah
syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan
kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada
Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan
gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)
3. LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN
Abu
Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda,
“Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya
untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah
lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah
ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam,
setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)
4. HADIRNYA FIKIRAN YANG MENGGANGU
Abu
Hurairah r.a berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan
azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia
tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan,
ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila
telah selesai iqamah, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang
yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak
kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”.
(HR Bukhari)
5. TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SHOLAT
Ibnul
Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan,
karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang
untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada
tempatnya.”
Tentu
saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya
asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak
ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang
solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya
untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.
Rasulullah
SAW bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul
ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur’an yang mudah bagimu, lalu rukuklah
sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu
tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud dan
lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)
6. MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU
Dahulu
ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia
membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya
selepas solat: “Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan
tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan
Rasulullah SAW”. Orang tersebut bertanya, “Apa yang dilakukannya?”
Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya
dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud.
“Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW”, kata Ibnu
Umar. (HR Tirmidzi)
7. MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT
Dengan
sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah
akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram,
pusatkan pandangan pada satu titik. Yaitu tempat sujud. Sehingga
perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata, “Saya
bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat”.
Rasulullah SAW menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang
hamba”. (HR Bukhari)
8. MENGUAP DAN MENGANTUK
Rasulullah
SAW bersabda, “Menguap ketika solat itu dari syaitan. Oleh itu bila
kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin”. (HR Thabrani).
9. BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT
Syaitan
ingin menganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang
dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu dari
syaitan” (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengulas kenyataan Ibnu Mas’ud,
“Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat
sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu
tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan
berbagai cara”.
10. TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR
Rasulullah
SAW bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang
dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak,
maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah
mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya”. (HR Muslim)
P/S
; Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari
berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua
dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut…..Aminnn
15 SOALAN ORANG KAFIR YANG BOLEH DI JAWAB OLEH UMAT ISLAM
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran.
Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran
diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw
jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan
kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup
umat Islam.
2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi,
adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak
bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah
lebih Maha Mengetahui.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan
Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu
sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah
anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).
Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa)
berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang
menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang
menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah
dimanipulasi isi kandungannya)
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di
akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi
Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya.
Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih
hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa
orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu,
tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa
bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah swt : "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di
sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah
menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!"
maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.
6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap
guna 'Kami'. Kenapa? Bukankah maksud 'Kami' itu mewakili 'Tuhan + Mariam
+ Anak Tuhan (Isa)'?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang
menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Bukankah Queen
Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'?
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh
binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan
bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa.
Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita
bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu,
sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati
kelaparan.
9) Sami Buddha menjawab "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar"
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?
10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
11) Sami Buddha berkata lagi, "Makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan
binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti
makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi
kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan
ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang
ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah
pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa
yang telah Allah halalkan.
12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu
dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi
kanibal?
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan
umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka
kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang
yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak
Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala
tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada
sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap
solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah
Allah. Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu
sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan
sepanjang zaman.
15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi
adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah
itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh
nampak Allah.
p/s : Sebaik-baiknya, jika anda tidak yakin untuk menjawab soalan-soalan
seperti di atas bersendirian, eloklah bawa orang itu berjumpa dengan
orang yang lebih alim dalam hal agama untuk menyelesaikannya. Ini
hanyalah sebagai perkongsian dan rujukan.
Wednesday, 14 November 2012
10 PERKARA YANG SIA-SIA
1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya
sendiri, tapi tidak dimohonkan doanya untuk ibu-bapanya sendiri serta
kaum Muslimin.
.
2. Orang yang kerapkali membaca Al-Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
.
3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyyatul-masjid.
.
4.
Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan
salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
keselamatan arwah-arwah mereka.
.
5.
Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar
lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
.
6.
Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang
ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu
pengetahuan.
.
7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
.
8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
.
9.
Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.
.
10.
Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran
kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
PESAN IMAM AL-SYAFI'I
30 PESANAN IMAM SYAFIE
- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
- Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
- Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
- Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.
- Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
- Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
- Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
- Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
- Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
- Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
- Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
- Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
- Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
- Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
- Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
- Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
- Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
- Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
- Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
- Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
- Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
- Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
- Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Tuesday, 6 November 2012
SENARAI SEK E-LAPOR OKT 2012
1. SK BATU BALAI
2. SK BUKIT NIKMAT
3. SK DURIAN HIJAU
4. SK KOTA GELANGI 1
5. SK GINTONG
6. SK GUSAI
7. SK JENGKA 24
8. SK JENGKA 25
9. SK KG BHARU
10. SK KG PAGI
11. SK KUALA SAT
12. SK LEPAR UTARA 1
13. SK PASIR DURIAN
14. SK PAWANG NONG
15. SK PPTR
16. SK SG TEKAM
17. SK SG TEKAM UTARA
18. SK TANAH ROM
19. SK ULU TEMBELING
20. SK BANDAR JERANTUT
21. SK JERANTUT
22. SK PULAU MANSOK
23. SK TEH
24. SK BUKIT DINDING
25. SK JERANTUT JAYA
26. SK SG RETANG
27. SK BUKIT MAT DALING
28. SK CHEBONG
29. SK PEDAH
Monday, 5 November 2012
ZAKAT HARTA
IBADAT ZAKAT
Firman Allah Taala:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَنْفِقُوا
مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ
الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ
بِآخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ
غَنِيٌّ حَمِيدٌ.
"Wahai orang-orang yang beriman,
belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang
baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk
kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu
kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), pada hal kamu sendiri
tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada
kamu) kecuali dengan memejamkan mata semasa mengambilnya. Dan ketahuilah
sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji. "(1)
Menurut keterangan syarak, zakat terbahagi dua.
Pertama: Zakat badan (zakat fitrah) (2) dan
Kedua: Zakat harta.
Jenis-jenis harta yang diwajibkan zakatnya ialah:
(1) Emas dan perak
(2) Binatang ternak: Unta, lembu (termasuk kerbau) dan kambing (termasuk kambing biri-biri atau kibas).
(3) Hasil tanaman:
(a) Biji-bijian dari jenis-jenis yang mengenyangkan dan tahan disimpan seperti gandum, padi, jagung dan lain-lainnya.
(b) "Buah-buahan": Tamar dan anggur sahaja.
(4) Barang-barang perniagaan.
(5) Benda-benda galian (dari logam emas dan perak).
Subscribe to:
Posts (Atom)


