Kemampuan otak manusia yang mempunyai 125.5 tilion kapasiti simpanan maklumat dibandingkan dengan kapasiti simpanan oleh material lain seperti buku (1.3 juta), disket (2.5 juta) ensiklopedia britanica (12.5 billion) dan yang hampir dengan kapasiti otak manusia hanyalah sekitar 12.5 trilion. perkara ini dinyatakan oleh arkib negara amerika syarikat. alangkah takjubnya penciptaan otak manusia. bahkan pada pendapat penulis otak (akal) manusia yang diciptakan oleh Allah ini adalah tidak terkira dan terhitung kehebatannya.
Namun sayangnya kita hanya menggunakan terlalu sedikit kemampuan otak yang dikurniakan allah SWT kepada kita. Menurut kajian sains, secara puratanya manusia hanya menggunakan kira-kira 1 peratus sahaja daripada kemampuan sebenar otak manusia.
Maka tanda penghargaan kita kepada Allah SWT di atas anugerah otak yang penuh ketakjuban dan kesempurnaan ini, maka sewajarnya kita mengsyukurinya. Tanda mengsyukurinya mengisi dan manfaatkan otak dengan menghafaz al-Quran. Mengingati kalam bicara Allah SWT. alangkah gembirnya Allah SWT melihat kita memanfaatkan anugerah ini dengan menghafaz dan mengingati al-Quran yang diturunkannya.
"MARILAH KITA BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MENGHAFAZ AL-QURAN"
"TIADA SEDIKIT KERUGIAN PUN, BAHKAN MANFAATNYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT"
No comments:
Post a Comment