Thursday 10 January 2013

(AL-QURAN) TIGA PERINGKAT HAFAZAN DAN PENGJAGAANNYA

PERINGKAT PERTAMA: PEMELIHARAAN AL-QURAN DI LANGIT

Keistimewaan al-Quran inilah yang membezakan al-Quran dengan kitab atau buku-buku yang lain yang terdapat di dunia ini. Al-Quran yang merupakan kalamullah yang qadim dikurniakan dengan penjagaan dan pemeliharaan sejak ia berada dilangit lagi. Untuk memperkuatkan lagi kesaksian ini, maka Allah SWT bersumpah atas hakikat ini dengan sumpah yang agung. Sumpah ini dipaparkan melalui firmannya:

(SURAH AL-WAQIAH 56: AYAT 75-80)


PERINGKAT KEDUA: PEMELIHARAAN AL-QURAN DALAM PERJALANAN KEBUMI

Setelah proses pemeliharaan yang teliti terhadap al-Quran di langit, maka allah SWT turut memeliharanya tatkala dalam perjalanan menuju ke bumi. perkara ini dibuktikan apabila al-Quran yang mulia ini dibawa oleh roh-roh yang suci yang terdiri daripada malaikat. Manakala roh-roh jahat yang terdiri daripada syaitan akan dihalang daripada mendekati al-Quran. Bahkan tiada jalan sama sekali bagi roh-roh jahat mendekatinya dan ia sama sekali tidak akan sampai kepada syaitan.

Allah SWT berfirman:




Walaupun syaitan cuba juga untuk mencuri dengar perkhabaran dari langit ini, maka Allah SWT memeliharanya dengan penjagaan yang rapi yang terdiri daripada malaikat. Bahkan lontaran api akan menghalang sesiapa sahaja yang cuba memasang telinga untuk mendengar berita dari langit. Jaminan penjagaan ini dimeteraikan melalui firmannya:



Bahkan jaminan daripada Allah SWT ini, diakui sendiri oleh para jin yang cuba mencari berita dari langit. Mereka menyatakan:


PERINGKAT KETIGA: PEMELIHARAAN AL-QURAN DI MUKA BUMI

Di bumi inilah kebanyakan kitab samawi yang pernah diturunkan kepada para rasul terdahulu sebelum nabi Muhammad SAW gagal mempertahakan keaslian dan keabsahan isi dan kandungan kitabnya. mengapa hal demikian berlaku.

Sesungguhnya kitab terdahulu tidak mendapat jaminan pemeliharaan daripada Allah SWT. Jaminan pemeliharaan daripada sebarang penyelewengan yang akan berlaku pada masa mendatang. Namun sebaliknya al-Quran mendapat jaminan pemeliharaan yang istimewa daripada Allah SWT, maka al-Quran tetap terus dipelihara daripada segenap segi dan keadaan.

Bahkan al-Quran mencabar musuh-musuh Islam agar menunjukkan bukti sekiranya mereka menuduh di dalam al-Quran terdapat penyelewengan atau kepalsuan.  Natijahnya, mereka tetap gagal untuk membuktikan sehingga ke hari ini. Bahkan kita berkeyakinan bahawasanya mereka tidak akan berjaya untuk membuktikan buat selamanya-lamanya.

Tidak dapat disangkal bahawa manusia pertama yang bertungkus-lumus memelihara al-Quran di bumi ini ialah Rasulullah SAW. Baginda adalah manusia pertama yang menghafaz keseluruhan al-Quran dalam ingatannya dengan penuh mantap. Sejak bermula detik pertemuan pertama dengan malaikat jibril a.s. dan pada pertemuan yang seterusnya, baginda menerimanya dengan penuh kesungguhan, menghafaznya dengan hafazan yang terbaik, melaksanakan tuntutannya dengan pelaksanaan yang sempurna. Seterusnya, menyampaikannya dengan kaedah penyampaian yang menyuntik hati yang mendengarnya.

Perkara ini dapar kita saksikan sendidri bagaimana kesungguhan rasulullah SAW menerima wahyu sehinggakan kesungguhannya ditegur oleh Allah SWT.





Demikian juga dalam surah al-Qiyamah:




Disebalik ayat ini, rasulullah SAW ditegur pada peringkat awal penurunan wahyu kerana sentiasa menggerakkan lidahnya mengulangi ayat-ayat al-Quran walaupun malaikat Jibril a.s. menghabiskan bacaannya.

Prof. Dr. Hamka menyatakan dalam tafsirnya (tafsir al-Azhar), bahawa dengan empat ayat ini 16-19 tuhan mengajarkan kepada nabi kita bagaimana cara baginda menerima al-Quran apabila wahyu itu dibawa oleh malaikat Jibril a.s. terdapat kitab-kitab tafsir yang menceritakan keadaan nabi SAW tatkala Jibril a.s. datang menemuinya dengan membawa wahyu.


Apabila Jibril a.s. membaca pangkal wahyu itu, lalu baginda pun menggerakkan lidah meniru bacaan itu. Maka di dalam ayat ini diajarkan oleh tuhan, jika malaikat itu datang membaca wahyu, baginda hendaklah dengarkan terlebih dahulu baik-baik.Dengan tidak perlu baginda ikuti sebelum wahyu selesai dengan ucapan lidahnya. setelah selesai malaikat membacanya, barulah boleh baginda mengikuti sepanjang bacaan Jibril a.s. itu. Sehingga bacaan al-Quran itu benar-benar asli sepertimana yang diterima daripada Jibril a.s. dan Jibril a.s. menerima daripada Allah SWT.

Demikian betapa bersungguhnya rasulullah SAW dalam mempelajari dan menghafaz al-Quran. Baginda melakukannya dengan penuh kecintaan dan keinginan yang tinggi terhadap al-Quran. Kesungguhan ini digambarkan oleh Syeikh Manna' al-Qattan sebagaimana berikut:

"Sesungguhnya Rasulullah SAW amat menggemari wahyu, Baginda sentiasa menunggu penurunan wahyu dengan perasaan yang rindu. Maka baginda menghafaz dan memahaminya. Hal demikian bagi membenarkan janji Allah SWT. Sesungguhnya kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu).

Oleh yang demikian, baginda merupakan orang yang pertama menghafaz al-Quran dan menjadi contoh terbaik untuk para sahabatnya dalam menghafaz al-Quran untuk merealisasikan kecintaan mereka pada agama dan sumber risalah. Al-Quran turun dalam tempoh 20 tahun. Kadang-kadang diturunkan satu ayat sahaja, dan kadang-kadang turun sehingga sepuluh ayat. semua ayat yang diturunkan ini dihafaz dalam dada mereka dan disuburkan di hati mereka.

No comments:

Post a Comment