KEM BESTARI SOLAT

 KEM BESTARI SOLAT 1 & 2 2012












CONTOH LAPORAN RINGKAS KEM BESTARI SOLAT:

LAPORAN KEM BESTARI SOLAT (1) 2011
Pada 18 APRIL 2011, Sk Bukit Dinding 27000 Jerantut Pahang telah mengadakan Program Kem Bestari Solat (1) Tahun 2011 Peringkat Sekolah. Pada tahun ini Tema Kem Bestari Solat ialah ”Menjana Murid Beristiqamah Dalam Menunaikan Solat”. Program KBS 1  ini telah diadakan selama 3 hari iaitu dari hari Isnin sehingga hari Rabu selama 12 jam.
Program dimulakan dengan taklimat kepada semua fasilitator kem yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Efendi. Setelah selesai murid berkumpul dan membuat pembahagian kumpulan kepada 8 kumpulan. Setelah selesai, Kem Bestari Solat pun bermula dengan LDK 1 pada jam 2.15 petang. Di sini juga dilampirkan jadual kem sepenuhnya selama 3 hari tersebut. Setelah LDK 1 sehingga LDK 6 diselesaikan pada hari ketiga (Rabu) sedikit masa diambil bagi melaksanakan Majlis Penutupan Kem Bestari Solat (1) Tahun 2011. Puan Hajah Rohana Bt Md Yusof Ketua Panitia Pendidikan Islam SKBD telah merasmikan Perasmian Penutupan KBS 1 pada kali ini. Ucapan terima kasih kepada 4 orang guru KAFA Sk Bukit Dinding kerana sudi menjadi fasilitator selama kem berjalan.

Disemak oleh,

…………………………..
(PN. HAJAH ROHANA BT MD YUSOF)
Pengerusi,
Panitia Pendidikan Islam SKBD.

Majlis bersurai pada jam 5.00 Petang setelah selesai menunaikan solat Asar berjemaah di surau sekolah.
Disediakan oleh,
.........................................
(EN. MOHD EFENDI BIN ABUTIAR)
Setiausaha,
Panitia Pendidikan Islam SKBD.


Disahkan oleh,

…………………………..
(EN. ANUAR AFFANDI BIN MOHD NAWAWI)
Guru Besar,
Sk Bukit Dinding 27000 Jerantut Pahang